PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) minggu ini untuk membincangkan mengenai projek syarikat minyak negara dengan Saudi Aramco di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.
Beliau berkata komitmen Saudi Aramco untuk memperluaskan fasilitinya di Pengerang akan mengembang tetapi masih terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan dengan Petronas.
“Saya akan bincangkan dengan Petronas dalam masa satu, dua hari ini kerana ada tiga perkara pokok, dua sudah selesai.. satu ada masalah sedikit yang harus kita putuskan di peringkat kerajaan,” katanya ketika berucap pada perhimpuan bersama warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Pada Oktober tahun lepas, Anwar dilaporkan berkata bahawa Saudi Aramco komited untuk memperluaskan fasilitinya di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor dengan menambah aktiviti hiliran petrokimia dan gas supaya ia menjadi hab terbesar di Asia Tenggara.
Saudi Aramco ialah salah satu daripada syarikat tenaga dan kimia bersepadu terbesar di dunia.
Presiden (Hiliran) Aramco, Mohammed Y. Al Qahtani, berkata syarikat itu teruja dengan projek Pengerang dan bersedia untuk bukan hanya mengekalkan operasi, malah potensi mengembangkannya pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
ANWAR: Saya akan bincangkan dengan Petronas dalam masa satu, dua hari ini kerana ada tiga perkara pokok, dua sudah selesai.. satu ada masalah sedikit. - Gambar fail/BERNAMA
SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh
SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Polis kesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai
Polis sedang mengesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di George Town semalam.
Tumpahan minyak lori terbakar hampir sebabkan gangguan air di Selangor
Tumpahan minyak daripada kenderaan itu berisiko menyebabkan pencemaran kepada sumber air berhampiran Sungai Lamiar dan seterusnya ke Sungai Labu, Selangor.
Raikan perpaduan, teras ke arah kemakmuran bersama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak khususnya di Sarawak dan di mana sahaja mereka meraikan perayaan itu.
Alena & Velvet ajak anda 'berjugit' Gawai ini
Pemain sape Alena Murang dan penyanyi Velvet Aduk mengajak anda 'berjugit betanda' sempena kemeriahan sambutan pesta menuai kali ini. 'Berjugit Betanda Menari' lagu rancak yang disulamkan dengan rentak etnik ini adalah karya pertama dua duo ini yang turut dinyanyikan dalam bahasa Iban dan Dusun.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.
Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis
Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.
Remaja maut dua motosikal bertembung
Nahas meragut nyawa seorang pembantu kedai makan, Amirul Amin Abdussalam, akibat cedera parah pada kepala dan anggota badan.
Bersatu padu demi keselamatan, perpaduan rakyat Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri tegaskan bahawa kita tidak boleh memandang rendah terhadap pihak-pihak tertentu yang mengancam keselamatan dan perpaduan negara.
Baucar buku boleh didapati di aplikasi DELIMa hari ini - KPM
Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa semua murid dan pelajar boleh mula mengakses aplikasi tersebut bagi tujuan berkenaan.
Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM
Penyasaran subsidi diesel dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan.
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Kerajaan MADANI komited pupuk hubungan Malaysia-China
Kerajaan MADANI komited untuk memupuk hubungan antara Malaysia dan China yang menyambut ulang tahun ke-50, hari ini.
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi Google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.